Analisis poster Ali setan 1985 dan Kekasih Awal dan Akhir
ANALISIS POSTER KEKASIH AWAL DAN AKHIR (1993) SIMBOL DALAM POSTER Dalam sebuah poster, teks atau isi poster harus singkat tetapi padatdan kata akan maklumat (informasi), kemudian teks juga harus jelas untuk dibaca. Jika dilihat poster-poster yang ada akan meletakkan tulisan-tulisan pendek saja. Sebagai contoh dalam poster filem Kekasih Awal Dan Akhir. walaupun pendek namun harus padat. Oleh itu penggunaan simbol dalam menyusun maklumat tersebut hendaklah bertepatan. Pemilihan tersebut bergantung dengan tujuan poster itu sendiri. Jenis huruf juga haruslah mudah dibaca dan nampak sesuai dengan reka bentuknya. Sebuah filem yang dipindahkan ke bentuk poster tentang sebuah percintaan iaitu (Kekasih Awal Dan Akhir). Ilustrasinya yang meletakkan beberapa gambar watak yang terdapat dalam filem tersebut iaitu watak utama dan sampingan. Namun, gambar watak utama lebih banyak dan ditonjolkan berbanding gambar sampingan (jahat). Kedua-dua gambar tersebut secara keseluruhannya p...