Analisis poster Ali setan 1985 dan Kekasih Awal dan Akhir
ANALISIS POSTER KEKASIH AWAL DAN
AKHIR (1993)
SIMBOL
DALAM POSTER
Dalam sebuah poster, teks atau isi
poster harus singkat tetapi padatdan kata akan maklumat (informasi), kemudian
teks juga harus jelas untuk dibaca. Jika dilihat poster-poster yang ada akan
meletakkan tulisan-tulisan pendek saja. Sebagai contoh dalam poster filem
Kekasih Awal Dan Akhir. walaupun pendek namun harus padat. Oleh itu penggunaan
simbol dalam menyusun maklumat tersebut hendaklah bertepatan. Pemilihan
tersebut bergantung dengan tujuan poster itu sendiri. Jenis huruf juga haruslah
mudah dibaca dan nampak sesuai dengan reka bentuknya.
Sebuah filem yang
dipindahkan ke bentuk poster tentang sebuah percintaan iaitu (Kekasih Awal Dan
Akhir). Ilustrasinya yang meletakkan
beberapa gambar watak yang terdapat dalam filem tersebut iaitu watak utama dan
sampingan. Namun, gambar watak utama lebih banyak dan ditonjolkan berbanding
gambar sampingan (jahat). Kedua-dua gambar tersebut secara keseluruhannya
penulis cuba menjelaskan tentang hubungan kisah percintaan antara watak
tersebut. Teks (tajuk) tersebut berfungsi diletakkan pada tengah bahgian bawah
supaya dapat mencapai keseimbangan dalam poster tersebut serta pilihan teks
tersebut kelihatan lebih romantik dan
sesuai dengan cerita filem tersebut. Saiz tulisan tersebut juga sesuai
untuk menonjolkan lagi tajuknya.
Penggunaan warna lebih
kepada warna gelap. Sebagai contoh latar poster tersebut hitam dan ada tambahan
warna putih memberi highlight kepada
gambar watak-watak dalam filem tersebut. Itu merupakan simbol mengenai kisah
percintaan mereka yang pada mulanya terlihat tenang kmudiannya terdapat
konflik. Percintaan mereka diuji dengan berbagai-bagai dugaan. Selain itu,
gambar yang berlatarkan seperti taman itu memperlihatkan simbol kisah percintaan
mereka yang romantik dan indah. Orang apabila melihat akan lebih mudah faham
apa yang cuba disampaikan melalui gambar tersebut.
Ukuran gambar merupakan
elemen utama dalam sebuah poster selain teks. Oleh karena itu, gambar harus
menarik. Ukuran gambar watak utama lebih besar berbanding watak sampingan itu,
warna hitam mendominasi, warna gelap lebih menonjol kemudian ditambah dengan
gambar asli nampak lebih nyata.
Tujuan sebuah poster
adalah untuk menyampaikan sebuah maklumat tertentu dengan ringkas. Oleh sebab
itu, sangat penting untuk memperhatikan apakah yang ingin disampaikan oleh
pembuat poster dapat ditangkap dengan mudah oleh pembaca.
Karya poster tersebut
kelihatan sederhana dan tidak nampak serabut. Biasanya Poster yang sederhana
itu kadang susah untuk orang faham. Namun, teks tang ditambah akan lebih
seimbang dan memudahkan mereka lebih faham poster tersebut. Teks ‘KEKASIH AWAL
DAN AKHIR’ itu jelas dari segi saiz dan pemilihan gayanya. Jadi ketika orang
melihat sekilas mereka akan nampak tajuk tersebut dan mengaitkan dengan gambar
tesebut tentang percintaan.
LATAR BELAKANG TAMPAT – TEMPAT
LOKASI DAN MASA
Dalam poster
Kekasih awal dan akhir latar tempat yang ditunjukkan adalah persekitaran hutan
yang menunjukkan sebuah taman atau tempat pelancongan yang memperlihatkan
pemandangan yang cantik dan penggunaan kuda. Justifikasi pemilihan tempat
tersebut adalah untuk menarik perhatian penonton terhadap kecantikan alam
semula jadi yang terdapat di Malaysia. Hal ini sekaligus, bagi mempromosikan
pusat pelancongan yang menarik di Malaysia pada ketika itu dengan adanya adegan
membawa kuda bersiar-siar di hutan.
Seterusnya, lokasi penghasilan filem ini juga kebanyakannya memaparkan
lanskap perbandaran Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur. Dalam filem ini
menunjukkan lokasi pehentian bas, terdapatnya bas mini dan streamroll.
Latar masa yang dipaparkan dalam poster film ini menunjukkan sekitar tahun
1993 iaitu ketika tahun penayangan film ini. Hal ini dapat dilihat melalui
penggunaan kostum, latar tempat dan penggunaan tatarias oleh pelakon dalam
poster tersebut. Pengguaan warna turt memainkan peranan yang penting bagi
memperlihatkan zaman atau masa sesebuah filem, iaitu warna pada latar poster
menampakkan kurangnya penggunaan warna yang menarik.
BUSANA DAN
MAKEUP
Poster kekasih
awal da akhir memaparkan penggunaan busana pada zaman ‘GQ’ iaitu singkatan
daripada perkataan Gentelman Quality atau
seluar jenis skinny yang mana pelakon
lelakinya menggunakan seluar yang fit dibahagian kaki. Tambahan pula, dipadankan
dengan pakaian zaman retro oleh pelakon lelaki yang menggunakan kemeja lengan
panjang, sendat, dan ada juga besar beserta dengan kolar yang besar. Manakala
busana untuk golongan wanita, mereka menggunakan pakaian zaman saloma iaitu
berbentuk kembang pada bahagian bahu, ketat pada bahagian perut dan kembang
pada bahagian pinggang hingga kelutut.
Selain itu, penggunaan warna pada pakaian tersebut juga sangat terhad iaitu
menggunakan warna-warna yang cerah seperti dalam poster iaitu warna kuning, coklat
dan warna gelap sepeti hitam atau putih.
Penampilan rambut yang ditunjukkan oleh pelakon menunjukkan zaman retro
iaitu rambut afro gerbang iaitu bentuk yang kembang. Dari segi makeup, hanya
menggunakan makeup yang biasa iaitu tidak terlalu cerah atau tebal.
BAHASA DAN
NOMBOR
Selain itu poster filem
Kekasih Awal dan Akhir (1993) dalam penggunaan jenis tulisan yang dipilih dapat
ditunjukkan bahawa filem tersebut merupakan sebuah filem yang sangat romantik.
Jenis tulisan yang terdapat pada poster merupakan hal utama yang memiliki kesan
estetika terpenting.
Pemilihan warna putih dalam
penggunaan jenis font tersebut melambangkan bahawa putih adalah warna yang
bermaksud murni. Warna ini akan memberikan kesan kepada teknik penyampaian yang
disampaikan dalam poster tersebut. Warna
putih yang digunakan untuk menonjolkan cerita tersebut kerana membawa kebebasan
serta kedamaian. Dalam cerita filem ini merupakan kisah cinta yang suci di
antara Jamal Abdilah yang memegang watak Yusman dan Sofea Jane sebagai Marlia.
WATAK DAN PERWATAKAN
Filem kekasih awal dan akhir
merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan pada tahun 1993. Filem ini
diterbitkan dalam bentuk filem warna. Lakonan daripada Jamal Abdillah, Sofea
Jane dan ramai lagi.
ELEMEN
DALAM POSTER – PERALATAN
Filem
ini diarahkan oleh Zulkeflie M. Osman yang bertemakan percintaan. Pemegang
watak utama dalam filem Kekasih Awal dan Akhir yang ditayangkan pada tahun 1993
ialah Jamal Abdillah sebagai Yusman dan
Sofea Jane pula sebagai Marlia. Pengarah telah menjayakan filem ini ketika
zaman tersebut dan mendapat keuntungan
yang banyak. Pungutan itu juga dibantu berdasarkan poster yang
digunakan. Dalam poster tersebut, sedikit sebanyak telah berkongsi tentang
jalan cerita yang ingin disampaikan oleh pengarah.
Poster filem ini menampilkan
wajah-wajah pelakon dan beberapa elemen yang menjayakan filem tersebut. Dari
segi penggunaan props, kuda yang digunakan oleh Yusman menjadi tarikan kepada
audiens. Pada ketika itu, menunggang kuda merupakan aktiviti yang sangat
menarik. Bukan sahaja aktiviti yang beralunkan keseronokan malahan dijadikan
sebagai aktiviti kesukanan. Namun begitu, menunggang kuda kebanyakan
diceritakan dalam golongan elit sahaja. Walaupun Marlia bukanlah berasal dari
golongan tersebut, tetapi dia berjaya menipu Yusman dan mengaku dirinya sebagai
anak orang kaya.
Selain itu, kuda juga menjadi tarikan
penonton untuk menyaksikan filem tersebut. Hal ini disebabkan dalam kalangan
audiens yang hadir bukan sahaja ingin melihat olahan jalan cerita filem Kekasih
Awal dan Akhir, malahan ada segelintir penonton timbul perasaan ingin tahu
apakah peranan kuda tersebut. oleh hal yang demikian, untuk menjawab soalan
yang timbul dalam fikiran, individu terbabit telah mengambil keputusan untuk
menonton sendiri filem itu.
Di samping itu, elemen yang digunakan dalam filem dan telah ditonjolkan
di dalam poster seperti lokasi penggambaran. Pada ketika itu, Kuala Lumpur
belum diwarnai pelbagai lampu neon dan kaca televisyen yang bersaiz gergasi di
kawasan tersebut. situasi ini secara tidak langsung menggamit memori terutama
masyarakat yang hidup dalam lingkungan zaman tahun 90-an. Bagi generasi yang
tidak berpeluang melihat suasana tersebut, mereka dapat melihat melalui filem
ini. Dapat dilihat bahawa zaman itu menjadi tarikan audiens pada masa kini.
Sehubungan dengan itu, pelbagai lokasi yang menarik telah dipertunjukkan
dalam filem Kekasih Awal dan Akhir. Elemen ini juga dapat menarik minat
penonton untuk melihat filem tersebut. Alam yang kaya dengan kehijauan bumi
Tuhan dan suasana yang mendamaikan yang ditonjolkan dalam poster ini telah
memperngaruhi audiens. Para penonton datang dan ingin melihat lokasi
penggambaran tersebut serta dapat menanam perasaan cinta akan alam sekitar.
Jika pokok-pokok itu ditebang dan dijadikan suatu perkara yang menjadi
kepentingan sendiri tidak mustahil keindahan dan kesegaran alam sekitar tidak
dapat dirasai oleh generasi akan datang.
ANALISIS
POSTER ALI SETAN (1985)
SIMBOL
DALAM POSTER
Poster banyak dijadikan sebagai media
untuk menyampaikan sesuatu, baik itu berupa informasi, alat propaganda, kempen,
dan sebagainya. Poster tersebut mendeskripsikan tentan percintaan antara
kedua-dua pasangan tersebut yang masih lagi belajar di universiti. Lelaki
tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan sikapnya yang nakal dan santai.
Dalam poster tersebut simbol atau bentuk hati divisualisasikan dengan kedua
orang pasangan yang berada didalam bentuk hati tersebut, sebagai latar
menggambarkan sebuah percintaan yang romantis antara kedua-dua pasangan
tersebut.
Poster tersebut
menggunakan background warna dan
bentuk hati dan terdapat sebiji motor yang digunakan. Maksudnya adalah
menyampaikan kisah percintaan mereka itu sangat indah dan diindahkan serta
dilakukan dengan aktiviti yang lasak. Gambar motor (simbol) yang ditunggangnya
itu merupakan kenderaan yang selalu diguna untuk kekasih tersebut menjalani
kisah percintaan mereka.
Gambar watak lelaki dalam
poster tersebut dengan tangannya pada dagu wanita tersebut mengambarkan
keinginan lelaki tersebut dengan wanita itu, malah dari sisi lainnya pula
lelaki tersebut divisualisasikan dengan cara tangannya itu adalah sebagai tanda
yang sikapnya itu suka mengacau wanita. Tulisan dalam poster tersebut adalah
didominasi oleh warna merah dengan pilihan huruf yang ditebalkan dan sengaja
ditimbulkan dari gambar lainnya seolah-olah menegaskan maksud dari isi yang
cuba disampaikan kepada para penonton dalam poster tersebut.
Unsur-unsur visual yang
ditampilkan dalam poster tersebut meliputi titik yang mempunyai kepadatan yang
membentuk garis juga menonjolkan bentuk dalam gambar pada poster tersebut.
Sedangkan unsur ruang pada gambar diatas, lebih terarah pada kewujudan tiga
dimensi sehingga gambar tersebut terlihat timbul dan nyata.
Untuk unsur visual warna
pula gambar pada poster tersebut telah mencakupi pencahayaan yang baik dan
sangat menarik apabila dilihat., Hal ini kerana penggunaan warna-warna yang
jelas dan terang pada poster tersebut agar mata yang melihat terasa tidak
bosan. Itu dapat mengisi gambar tersebut didalam poster .Untuk unsur visual
tekstur gambar tersebut, mengunakan tekstur nyata karena ada kesamaan antara
hasil raba dan penglihatan.
Secara keseluruhannya, gambar pada poster tersebut
memiliki cara peletakan yang sangat baik dengan gambar-gambar watak tersebut
pada umumnya. Dengan itu setelah dilhat secara keseluruhan peletakan gambar
tersebut didominasikan oleh gambar watak-watak tersebut dengan gayanya yang
mengambarkan perwatakan mereka serta kisah percintaanya dalam filem tersebut.
Hal ini kerana gambar tersebut memang menjadi titik berat dan inti daripada
yang cuba disampaikan oleh filem itu. Selain mengandung prinsip komposisi
kesatuan juga keseimbangan, gambar tersebut juga mengandung prinsip komposisi
kontras. Prinsip komposisi kontras tersebut divisualisasikan melalui tulisan
yang berbunyi “AKU TIDAK BERNIAT MENCURI DIARIMU, AKU HANYA MENCURI HATIMU”
juga gambar lelaki tersebut umpama mencuit wanita itu. Komposisi kontras
tersebut dimaksudkan agar gambar tidak terlalu monoton. Prinsip komposisi fokus
pada gambar tersebut adalah terletak pada kedua-dua watak tersebut yang
berlatarkan bentu hati. Akhir sekali, komposisi peletakan gambar tersebut sudah cukup baik. Itu
terlihat dari ukuran juga tatacara letak gambar yang menjadikan gambar tersebut
harmonis dan romantik.
LATAR BELAKANG TAMPAT – TEMPAT
LOKASI DAN MASA
Dalam poster
filem Ali Setan 1985, menunjukkan latar tempat di Kolej atau universiti, dimana
pertemuan kali pertama mereka yang merupakan tempat mereka melanjutkan pelajaran.
Perkenalan mereka bermula apabila Ali sering mengusik pelajar-pelajar lain dan
menjadikan Asmidar sebagai mangsanya. Perkenalan yang dimulai dengan permusuhan
itu, akhirnya berubah kepada perasaan suka antara satu sama lain.
Lokasi penggambaran filem ini, 98 peratus telah dilakukan di Pulau pinang
iaitu bertempat di USM. Selain itu, Kuala Lumpur turut menjadi lokasi
penghasilan filem Ali Setan.
Masa yang ditunjukkan melalui filem ini adalah sekitar tahun penghasilan
filem ini iaitu 1985. Hal ini kerana, poster tersebut menampakkan, penggunaan
warna yang sangat terhad iaitu hanya menggunkan warna hitam dan putih.
Seterusnya, dalam poster ini juga menunjukkan zaman persekolahan anak remaja
yang hanya memikirkan keseronokan dialam persekolahan. Perkara ini dapat
dilihat melalui adegan Ali dengan Asmirah menaiki motosikal.
BUSANA DAN MAKE-UP
Poster filem Ali
setan pula, juga menggunakan busana zaman retro iaitu penggunaan kemeja dan
kolar yang besar. Selain itu, mereka turut menggunakan pakaian biasa seperti
t-shirt, yang ditunjukkan dalam poster. Seluar yang digunakan kebanyakannya
adalah fesyen jenis cutting biasa iaitu berbentuk lurus dari bahagian atas
hingga hujung buku lali. Pakaian yang digunakan oleh pelakon perempuan pula,
tidak menggunakan pakaian zaman saloma yang kembang pada bahagian bahu. Tetapi,
mereka menggunakan t-shirt, blouse, dan baju kurung kebaya.
Penampilan rambut yang ditonjolkan dalam poster ini, menunjukkan gaya
rambut yang kembang oleh golongan pelakon wanita. Begitu juga bagi pelakon
lelaki mereka turut menggunakan gaya
rambut afro gerbang dan bukan gaya rambut flat top, bukan gaya belah tengah.
BAHASA DAN
NOMBOR
Bahasa dan nombor yang
diletakkan dalam poster merupakan sesuatu aspek yang penting dalam pemasaran.
Pemilihan yang tepat dalam penggunaan bahasa dan nombor akan memberi respon
terhadap nilai pandangan seseorang kepada objek yang terdapat pada poster filem
tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa setiap yang terdapat pada poster akan
memainkan peranan masing-masing untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca.
Penggunaan bahasa dan
nombor yang diletakkan dalam poster filem Ali Setan (1985) sesuai dengan cerita
komedi. Tulisan ini dapat memainkan peranan sama ada sebuah filem itu komedi,
romantik, seram dan sebagainya. Hal ini kerana filem yang berunsurkan romantik
dan komedi telah memilih jenis tulisan tersebut yang membawa maksud komedi.
Tulisan yang dipilih untuk menonjolkan tajuk tersebut dapat menunjukkan kepada
penonton tentang cerita filem tersebut. Sais tulisan yang besar dapat
menonjolkan watak terhadap cerita filem tersebut.
Pemilihan warna dalam
sesebuah poster akan memainkan peranan dalam menyampaikan sesebuah poster. Pemilihan warna yang digunakan
seperti warna merah menunjukkan filem itu berunsurkan kekerasan atau
peperangan. Walau bagaimanapun pemilihan warna merah dapat dikategorikan
sebagai ghairah, cinta dan romantik. Warna merah merupakan warna yang
melambangkan hati iaitu kisah dalam percintaan antara Ali (Azmil Mustapha) dan
Asmidar (Fauziah Ahmad Daud).
WATAK DAN PERWATAKAN
Nama sebenar Mohd Azmil Mustapha dan Azmil Mustapha
merupakan nama glamor bagi beliau. Beliau di lahirkan pada 1 Ajnuari 1953 di
Pock Dickson, Negeri Sembilan. Filem yang melonjakkan nama beliau adalah Ali
Setan (1985) gandingan berlakon dengan Fauziah Ahmad Daud. Dalam Filem Ali
Setan (1985) beliau merupakan pemegang watak utama dalam fikem tersebut sebagai
Ali dan Fauziah Ahmad Daud sebagai
pemegang watak Asmidar. Jenis cerita ini ialah romantic/komedi.
Watak merupakan sesuatu
perilaku, baik manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan, tumbuhan dan
sebagainya. Watak memainkan peranan dalam perkembangan tema dan persoalan dan
plot melalui aksi, tindakan, dialog dan konflik. Manakala, perwatakan pula
ialah ciri-ciri yang ditonjolkan melalui pelakuan watak. Perwatakan dapat
dilihat melalui ciri yang terdapat dalam diri seseorang atau pun bergantung
dengan watak yang diberi dan jenis perwatakannya. Contohnya paras rupa, tingkah
laku, perasaan sikap dan pemikiran.
Melalui poster filem Ali
Setan, memperlihatkan ekspresi wajah yang memegang watak utama iaitu Ali dan
Asmidar menunjukkan keromantikannya melalui poster untuk menyampaikan bahawa
cerita Ali Setan ini bergenre romantik. Jika di lihat jalan ceritanya, Ali
seorang lelaki yang nakal dan suka mengusik perempuan terutamanya Asmidar.
Sehingga Asmidar benci kepadanya. Lama kelamaanny benci itu bertukar menjadi
cinta. Ekspresi wajah yang ditonjolkan dalam poster filem Ali setan
memperlihatkan kemesraan mereka dan tiada sedikit pun yang dilihat kekonflikan
dalam hubungan mereka. Dalam poster Filem Ali Setan menonjolkan watak utama dan
disebalik gambar mereka itu tersirat. Meletakkan gambar Ali dan Asmidar yang
kononnya bahagia dalam bercinta dan sangat romantik
Azmil Mustapha dan
Fauziah Ahmad Daud menonjol di bahagian poster filem. Azmil sebagai Ali dan
Fauziah sebagai Asmidar dalam filem Ali Setan. Gambar mereka, penonton akan
berimaginasi dengan keromantikan mereka dan dengan cara ini untuk menarik
perhatian. Tanpa banyak berkata-kata, poster filem Ali Setan menjelaskan bahawa
filem yang di bintangi oleh Azmil Mustapha dengan Fauziah Ahmad Daud , beserta
dengan barisan pelakon yang lain ini berkisahkan tentang keromantikan dalam
percintaan. Poster tersebut menunjukkan Ali memegang bahu Asmidar sambil
memandangnya. Selain itu, mereka melihatkan kemesraan dengan menaiki motor.
Ekpresi wajah Ali yang tersenyum lebar dan ia menyenangkan menunjukkan
kebahagiaan mereka dan Asmidar dibonceng olehnya sambil memeluk Ali.
Ekpresi
wajah yang berdiri di sebelah kiri dan kanan poster filem itu, yang memakai
cermin mata hitam dan kedua-dua tangannya dimasukkan dalam poket seluar.
Senyumanan yang sinis diperlihatkan, berbeza pula dengan watak yang berdiri
sebelah kiri poster, ekpresi wajahnya yang sangat serius. Nampak ganas dengan misainya yang tebal.
ELEMEN
DALAM POSTER - PERALATAN
Setiap
poster yang ditonjolkan dalam pembikinan filem memainkan peranan yang sangat
penting. Hal ini kerana, poster merupakan gambaran pertama bagi memperkenalkan
kepada audiens. Bukan itu sahaja, poster juga turut menjadi sumber tarikan
penonton untuk melihat filem tersebut. tambahan lagi, pada masa dahulu, poster
yang berkaitan filem-filem sedang hangat di pasaran menjadi buruan peminatnya.
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa peranan poster memberi sumbangan besar
bagi menjayakan sesebuah filem yang dihasilkan.
Sehubungan dengan itu, rekaletak dalam
poster seharusnya diperincikan. Perkara ini bagi memudahkan audiens untuk
memahami tema yang ingin disampaikan berdasarkan poster tersebut. Disebabkan
itu, peralatan yang digunakan dalam filem ini juga haruslah diketengahkan bagi
membantu lagi keberhasilan poster supaya dapat memujuk penonton untuk menonton
filem berkenaan. Sebagai contoh, filem Ali Setan pada tahun 1985 yang diarahkan
oleh Tan Sri Jins Shamsuddin telah menampilkan dalam poster filem Ali Setan
yang membantu dalam menjayakan filem ini. Antara peralatan yang ditampilkan
ialah motor. Motor tersebut merupakan motor Ali iaitu hero dalam cerita tersebut.
Mereka menggunakan motor sebagai props
yang membantu Ali membawa Asmidar bersiar-siar sekitar Pulau Pinang. Sebelum
itu, Ali sering menganggu Asmidar ketika berada di universiti. Memandangkan
Asmidar adalah pelajar tahun satu, maka Ali dengan sesuka hati membuat perkara
yang tidak disukai oleh Asmidar. Namun, tanpa disedari Asmidar telah jatuh
cinta kepada Ali. Maka, ketika mereka sedang rapat dan saling mengenal antara
satu dengan yang lain, motor merupakan aset yang penting untuk mereka bergerak
ke mana sahaja. Secara tidak langsung, penggambaran ketika bersiar-siar
menggunakan motor telah mempromosikan lokasi penggambaran tersebut. dapat
dilihat bahawa, props bukan sahaja menyumbang kepada kepentingan filem
tersebut, malahan telah memperkenalkan lokasi-lokasi yang menawan hati penonton
untuk pergi dan menikmati sendiri suasana tersebut.
Selain itu, motor juga digunakan dalam
filem Ali Setan ini untuk menarik minat penonton yang gemar tentang jenis-jenis
motor. Dalam filem ini juga, motor dapat mencuri pandangan audiens lelaki.
Secara amnya, audiens dalam kalangan lelaki kebanyakan kurang minat tentang
jalan cerita yang bertemakan cinta. Oleh yang demikian, langkah lain telah diambil iaitu mengetengahkan motor.
Dapat dikatakan bahawa, reka letak motor dalam poster filem Ali Setan
menyebabkan audiens lelaki turut meminati filem tersebut.
Seterusnya, elemen penting dalam
menghasilkan poster filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsudin telah
menggunakan perlambangan hati. Perlambangan ini menjadi gambaran awal tentang
tema yang ingin disampaikan oleh pengarah. Kebanyakan audiens dapat memahami
tanpa memikirkan secara kritis. Kita sedia maklum bahawa perlambangan hati
membawa maksud unsur percintaan dalam sesebuah karya perfileman. Elemen ini
selalunya berhasil untuk menarik minat penonton yang sedang dilamun cinta.
Secara khususnya, perlambangan tersebut menggambarkan perasaan watak yang
dipegang oleh kedua-dua hero dan heroin yang jatuh cinta. Hal ini dapat dilihat
lagi apabila kedua gambar watak diletakkan dalam perlambangan hati di poster
filem Ali Setan.
Comments
Post a Comment